KENAPA NAK JOIN PROJEK BLOG MEGA 2.0?

 Bismillahirrohmanirrohim.


Assalamualaikum wbt.Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan ilham yang DIA bagi saya tergerak hati semula untuk aktif menulis di Blog info ikhtiar sihat ini. MasyaAllah Tabarokallah.


Berbanyak-banyak terima kasih kepada Master Norita dan Master Salwa kerana telah membuka mata dan hati saya untuk bangkit menulis di blog.Alhamdulillah.

Sebenarnya saya cetek sangat ilmu tentang penulisan di blog. Saya tak pandai buat blog.Sebab inilah saya sangat teruja nak join projek ini. Semoga dipermudahkan jalan untuk saya berjaya menulis dengan baik dan dengan cara yang betul.

Ok, baiklah saya tidak akan buang masa yang banyak sebab sebenar  tajuk entri saya kalini ialah KENAPA KENA JOIN PROJEK BLOG MEGA 2.0?


1. JADI SID YANG BERILMU

Saya nak jadi pengedar Shaklee yang berilmu. Dengan join projek blog mega 2.0 ini,Insyaallah saya nak tambah ilmu dengan menulis banyak entri blog yang berkaitan produk Shaklee dan tentang peluang bisnes Shaklee.

2. NIAT UNTUK SEBARKAN SELUAS-LUASNYA TENTANG SHAKLEE.

Melalui penulisan blog,Insyaallah saya akan selalu berkongsi tentang manfaat setiap produk Shaklee dan juga manfaat bisnes Shaklee.Mungkin kat luar sana ada orang yang belum tahu apa itu Shaklee. Tak tahu produk Shaklee sebab dia belum jumpa orang yang boleh terangkan tentang Shaklee. Jadi mungkin orang ini akan jumpa entri berkaitan di blog saya ini www.infoikhtiarsihat.blogspot.com.

3. SUPAYA BETUL-BETUL JATUH CINTA DENGAN SHAKLEE

Harapan saya,saya nak jadi salah seorang yang betul-betul jatuh cinta dengan Shaklee. Samada kepada produk dan bisnes. Selama 7 tahun saya amalkan makan Shaklee, saya sudah dapat kesan yang sangat baik.Pengalaman saya sendiri pernah kena sakit belakang yang agak teruk, kulit wajah kusam, jerawat, masalah kebas,stres,gastrik dan pedih ulu hati. Alhamdulillah lepas saya makan Vivix,Vitamin C,Bcomplex,Ostenutrix,Vitamin E,GLA,ESP,PD semua masalah kesihatan tu beransur hilang dan sembuh,Alhamdulillah saya bersyukur sebab kenal Shaklee.

InsyaAllah saya nak share setiap info produk yang saya makan ni dalam entri- entri yang bakal saya tulis Doakan saya menulis dengan konsisten.Saya nak bantu orang jadi lebih sihat selepas amalkan Shaklee.

Teringat kata-kata Master Salwa.Bisnes Shaklee ni ialah bisnes dakwah, bisnes yang bantu orang dapat kesihatan yang baik dan bantu orang mendapat kebebasan kewangan dan kebebasan masa.


Jom saya ajak siapa-siapa yang nak buat extra income dengan bisnes Shaklee, anda boleh join team saya Ikhtiar Sihat Empire.Hubungi whatsapp saya 019-6685140 atau terus klik link whatsapp ini www.wasap.my/60196685140/shaklee

#projekblogmegashaklee#shakleethrive2023#shakleetriump2023

Ulasan

Catatan Popular