9 SEBAB KENAPA KOMUNITI BISNES SHAKLEE SANGAT BEST

 Assalamualaikum jumpa lagi kita di entri blog saya.

Kali ni saya nak share kat korang semua 9 sebab kenapa komuniti bisnes Shaklee ni sangat best. Dengar tajuk pun dah rasa tak sabar nak baca kan.. kan..

Ok,sebenarnya saya kenal dengan Shaklee asbab saya mengalami masalah kebas kaki dan kulit kusam.

Ada kawan sekolah menengah saya cadangkan cuba la Shaklee produk dia bagus. Saya pun google la cari pengedar Shaklee berhampiran tempat saya tinggal.Saya order Vitamin C dan Ostematrix.Selama 2 minggu saya amalkan dengan konsisten masalah kebas beransur hilang dan kulit makin cerah. Saya teruja sangat sebab kesannya sangat cepat iaitu 2 minggu. Saya terdetik hati nak cuba buat bisnes Shaklee.

Saya contact kawan dekat FB nak join bisnes dengan team dia.Maka berjodohlah saya dengan group Celikvitamin di bawah Master Fahmy dan Master Adilah.

Ok sekarang saya nak share betapa bestnya group yang saya join ni.


1. KERANA UKHWAH

Melalui bisnes ini, saya dapat kawan- kawan baru yang sangat positif.Masing- masing ada semangat berjuang untuk bantu orang.Walaupun kami dalam satu bisnes yang sama tapi kami bersaing secara sihat.

Apabila ada yang down, kami sama- sama tarik tangan untuk kembali bangkit. Tiada istilah kau kau aku aku. Takde langsung dalam group kami.

2. KERANA GROUP SUPPORT

Saya di bawah group yang betul iaitu Celikvitamin sentiasa ada sesi sharing #shakleeeffect, ada kelas produk, ada gathering,ada event dan macam -macam lagi.Kebanyakkan kelas ni percuma sahaja manakala event pula ada sedikit yuran itu pun tak mahal. Ilmu-ilmu yang di share sangat mahal kalau di luar mungkin harga cecah ratus jugak.


3. ADA LUCKY DRAW

Macam bulan lepas dan bulan ini upline Master buat Lucky Draw untuk menggalakkan ahli makan sendiri dan customers membuat pembelian minimum Rm100 akan layak dapat 1 tiket Lucky Draw, dan setiap minggu hari Isnin akan ada cabutan itu. Siapa-siapa yang bertuah akan dapat hadiah vitamin Shaklee yang sangat best.Best kan group bisnes saya ni upline yang sangat pemurah.

3. KERANA UPLINE YANG SENTIASA KOMITED BANTU DOWNLINE

Upline adalah orang yang nak sangat tengok kita berjaya macam mereka.Saya sangat kagum dan terinspirasi dengan upline saya yang sudah membina bisnes Shaklee masuk 11 tahun dah.Saya teruja bila mereka share kisah kejayaan mereka bersama Shaklee. Mereka sudah menikmati 3C yang Shaklee tawarkan iaitu cash, car bonus dan convention.

Setiap tahun mereka berdua tak miss dapat travel ke luar negara. Best ke sangat best. Teruja tak korang baca sharing ni.

Kisah kejayaan upline membakar semangat kami untuk sama-sama mencapai 3C yang Shaklee tawarkan.

4. KERANA SENTIASA HAPPENING

Setelah berakhir PKP, sudah banyak kelas fizikal yang upline buat untuk boost semangat kami membina bisnes ini sungguh-sungguh.Bila tiba event,pasti ada baju tema Hihi masa ni la peluang nak melaram.Apa lagi dulu hanya jumpa dalam zoom meeting, bila jumpa depan-depan ni aura dia lain maciam. Sampai yang tak kenal jadi kenal, kami saling bertukar-tukar cerita.Event jadi sangat meriah.

5. KERANA BISNES SHAKLEE ADA PELBAGAI LATAR BELAKANG

Untuk bina bisnes Shaklee ni bukanlah kena ada kelulusan tinggi, kena ada pangkat baru boleh join. Tidak sama sekali.Team kami ada pelbagai kerjaya. Ada cikgu buat Shaklee, doktor buat bisnes Shaklee,surirumah buat bisnes Shaklee, yang sudah ada bisnes sendiri pun buat jugak bisnes Shaklee. Bisnes yang sangat telus asalkan ada kemahuan nak berjaya, usaha tanpa henti Insyaallah korang akan berjaya.

6. KERANA BISNES INI TIDAK KIRA JANTINA

Bisnes Shaklee bukan hanya sesuai untuk mak-mak sahaja. Tapi yang Bestnye ada je pasangan (suami) yang sama-sama buat bisnes Shaklee dengan isteri.

Sebenarnya bisnes ini amat alu-alukan pasangan sama-sama membantu. Malah ada group yang sangat sukses bila ada suami yang sama-sama membina bisnes dengan isterinya.Contoh terdekat ialah upline saya iaitu Master Fahmy dan Master Adilah. Sekarang group CVG adalah antara group yang aktif, ramai ahli di bawah naungan upline saya ni.Alhamdulillah .

7. KERANA TEAM SELALU SHARE KISAH KEJAYAAN MEREKA

Bisnes Shaklee adalah bisnes yang betul- betul memberi kami inspirasi. Melalui sesi sharing kisah-kisah kejayaan, cabaran yang di lalui , suka duka , jatuh bangun dalam bisnes ini menjadikan kami panduan dan banyak membuka mata hati kami.

Kejayaan tak akan datang tanpa hasil usaha ,Doa dan tawakkal kepada Allah SWT .

Doa tanpa usaha itu MALAS,Usaha tanpa Doa itu SOMBONG - petik kata-kata Master Lyna Noh

8. BISNES SHAKLEE BISNES BANTU ORANG DAN BUKAN SEBAB DUIT SEMATA-MATA

Bila kita betulkan niat buat bisnes Shaklee sebab nak bantu orang, Insyaallah Allah permudahkan jalan kepada kita.Duit tu akan datang berkadar langsung dengan usaha kita bantu orang jadi lebih sihat, ajar orang berniaga dia dapat duit dapat belanja anak- anak dia makan KFC di tengah-tengah bulan. Sonok sangat kan bisnes ni dapat menggembirakan orang.Insyaallah .

9. KERANA PIHAK SYARIKAT JUGA BANYAK BUAT CONTEST

Shaklee adalah company yang sangat best. Sentiasa buat contest yang menawarkan hadiah-hadiah yang lumayan. Antara hadiahnya ialah iPhone 14, Oppo Reno, Gold Bar dan tak kurang best hadiah suplemen Shaklee seperti Vivix,ResV, Collagen dan lain-lain.

Saat company MLM lain cut cost, tapi Shaklee tak berkira langsung dengan pengedar-pengedar yang cemerlang membina organisasi masing-masing.

Inilah antara sebab kenapa komuniti bisnes Shaklee ni sangat best dan anda juga mesti join kami.Keputusan anda hari ini menentukan masa depan anda.

So cepat-cepat daftar ahli dengan saya.TQ

#blogmega2023#shakleethrive2023#shakleetriump202

Ulasan

Catatan Popular